utama

Enggan keruhkan keadaan

Nama penyanyi kelahiran Singapura, Sufi Rashid kini semakin menyerlah dalam bidang nyanyian. Kemunculan single Aku Sanggup yang semakin menjadi sebutan ramai nyata menjawab persoalan mengapa dirinya dilihat sebagai bintang yang bakal menyinar.

Namun sewaktu enak melakar satu demi satu portfolio atas nama penyanyi, cerita peribadi turut menghimpit dirinya.

Ada saja cerita panas dan kelam menghampiri penyanyi ini sejak kemunculannya dalam industri seni ketika menyertai program realiti Akademi Fantasia 2015.

Terbaru, pelakon berusia 27 tahun ini dikatakan bakal bertunang dengan seorang pramugari pada 28 Januari tahun depan.

Sufi ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia enggan menafikan atau mengiakan sebaliknya minta didoakan yang terbaik untuk dirinya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: July 17, 2017 @ 8:39am
d