utama

Ibu jari pindah tempat

Oleh Agensi

Perth: Seorang pekerja ladang ternak lembu yang putus ibu jari tangan kanannya dalam satu kemalangan ketika bekerja, menjalani pembedahan memindahkan ibu jari kakinya untuk menggantikan ibu jari tangannya itu.

Zac Mittchell, 20, cedera April lalu ketika bekerja di sebuah ladang di Australia Barat.

“Seekor lembu menendang tangan saya hingga ia tersangkut pada pagar dan menyebabkan ibu jari saya putus,” katanya, menceritakan kejadian itu.

Menurutnya, rakan sekerjanya berusaha menyelamatkan ibu jarinya sebaik kejadian berkenaan.

“Mereka meletakkannya di dalam kotak penyejuk bersama ais,” kata Mitchell.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: July 17, 2017 @ 9:08am
d