utama

Dakwa guru tumbuk

Oleh Noor Atiqah Sulaiman

Putrajaya: Murid tahun tiga sebuah sekolah rendah di Presint 11, Putrajaya kini trauma dan mengalami kecederaan selepas mendakwa ditumbuk di bahagian kepala oleh guru bahasa Inggeris pada 12 Julai lalu.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa memaklumkan guru lelaki terbabit menumbuk kepalanya dengan kuat hanya kerana gagal menjawab soalan bahasa Inggeris.

Tindakan guru itu menyebabkan kanak-kanak lelaki berkenaan terjatuh dan terkena bucu meja dalam kelas terbabit.

Ibu mangsa, Nur Syaheerah Sutchira Abdullah, 32, berkata, anak sulung dari dua beradik itu mengadu mengalami pening, loya dan sakit pada bahagian belakang selepas mengambilnya dari sekolah.

“Ketika dimaklumkan mengenai perbuatan cikgu berkenaan, saya terkejut kerana ini perbuatan yang paling teruk dilakukan guru itu kerana sebelum ini anak pernah memberitahu dia diketuk di kepala dan dicubit.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: July 18, 2017 @ 6:22am
d