utama

Transformasi kehidupan

Oleh Sudirman Mohd Tahir

Berita perkahwinan bekas pengacara program HLive! Syamim Farid dengan kerabat diraja Selangor pada Mac tahun lalu antara yang menjadi bualan peminat.

Selain latar belakang suaminya iaitu Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Ardy Esfandiari, 29, raut wajah tampan yang dimiliki turut menarik perhatian banyak pihak.

Walaupun sering dilihat bersama pada majlis yang dihadiri, Syamim mengakui suaminya seorang yang pemalu untuk berdepan dengan pihak media.

RAP bertuah apabila pelawaan menjayakan sesi fotografi baru-baru ini disambut baik Syamim dan suami.

Biarpun kali pertama berdiri depan lensa kamera, Ezrique kelihatan selesa dan tidak janggal.

Selepas lebih setahun berkahwin, Syamim yang juga pemenang tempat kedua pencarian Dewi Remaja 2015 mengakui kehidupannya kini banyak berubah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: July 19, 2017 @ 4:56am
d