utama

Fokus jinak Gajah Perang

Oleh Aziman Rosdi

Jurulatih skuad bawah 22 tahun negara (B-22) Datuk Ong Kim Swee mengingatkan anak buahnya supaya tidak dibuai dengan kemenangan 3-0 ke atas Indonesia B-22 pada aksi pembukaan Kumpulan H Kelayakan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 di Bangkok semalam.

Katanya, kemenangan itu tidak memberi sebarang makna jika mereka gagal meneruskan rentak dalam dua perlawanan terakhir menentang Thailand esok dan Mongolia (Ahad) dalam merebut tiket ke pusingan akhir di China tahun depan.

“Saya tidak melihat kami sudah layak kerana masih ada dua perlawanan dengan Thailand dan Mongolia, tapi saya percaya kemenangan ini meningkatkan moral pemain yang berdepan situasi sukar dalam melakukan persiapan apabila hanya berlatih lima hari sebelum ke Bangkok.

“Kami akan menentang Thailand selepas ini dan saya mengakui mereka pasukan bagus, ia bukan perlawanan yang mudah untuk kami. Kami perlu segera bersedia kerana hanya ada sehari untuk pemain cergas semula,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan itu semalam.

Dalam aksi di Stadium Supachalasai itu, skuad muda negara merentap semangat pasukan lawan yang sudah berkampung di Bangkok sejak 11 Julai lalu dengan gol pantas pada babak pertama.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: July 20, 2017 @ 5:35am
d