utama

Penerjun China pun terkejut

Oleh AFP

PENERJUN Cheong Jun Hoong yang meraih pingat emas pertama negara di Kejohanan Akuatik Dunia di Budapest, hari ini tidak menjangkakan dapat mengalahkan penerjun China.

"Saya juara dunia!" kata Jun Hoong yang terkejut menang acara 10 meter platform selepas mengumpul 397.5 mata.

"Saya mengharapkan pingat tetapi saya tidak terfikir dapat menewaskan penerjun China," katanya.

Jun Hoong menewaskan juara dunia Ren Qian serta Si Yajie dari China.

Kemenangan Jun Hoong turut mengejutkan pemenang pingat perak, Yajie yang mengumpul 396.0 mata.

"Kemenangan Cheong agak mengejutkan saya tetapi saya mengucapkan tahniah kepadanya," katanya.

Rakan senegara Yajie yang juga juara Olimpik, Ren Qian mengumpul 391.95 mata untuk meraih pingat gangsa.

Penerjun China sudah lama mendominasi acara ini di kejohanan dunia dengan merangkul 22 pingat iaitu kelebihan 16 pingat berbanding negara lain.

Berita berkaitan:

Sejarah tercipta, terbaiklah Jun Hoong

Disiarkan pada: July 20, 2017 @ 10:26am
d