utama

Naik 'four-wheel' ke Makkah

Oleh Omar Ahmad

ENAM belas ahli Persatuan Kembara Amal (Peka) ke Makkah melalui jalan darat menaiki kenderaan pacuan empat roda bagi menunaikan haji.

Setiausahanya, Jasmi Jantan, berkata kembara itu merentasi 10 negara membabitkan perjalanan sejauh kira-kira 16,000 kilometer itu, sejak 14 Julai lalu.

Katanya, kembara bermula dari Tanjung Piai, Pontian dan bergerak ke Bukit Kayu Hitam sebelum memasuki Thailand.

"Selepas Thailand, kami akan melalui Laos, 10 daerah di China, Krygystan, Uzbekistan, Turkmenistan, Iran, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan berakhir di Jeddah, Arab Saudi," katanya.

Jasmi berkata, pihaknya menjangkakan perjalanan memerlukan 30 hari kerana konvoi turut membuat beberapa perhentian bagi melakukan kerja amal membantu masyarakat setempat.

"Antara kawasan yang akan kami singgah ialah di Pulau Pinang untuk menyampaikan bantuan kewangan kepada sekolah tahfiz.

"Selepas itu di Bangkok juga kita akan berhenti dan bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan bagi membantu pelarian dari Syria dan Palestin" katanya.

Katanya, peserta konvoi dijangka pulang dari Jeddah menaiki pesawat pada 15 September depan.

Disiarkan pada: July 20, 2017 @ 2:26pm
d