utama

Mayat budak dalam plastik hitam

Oleh Nabihah Kamal

 

 MAYAT budak lelaki berusia empat tahun dengan kesan retak di kepala ditemui dalam plastik hitam di dalam longkang di Kampung Chin Lee Batu 6, Kepong, hari ini.

Mayat itu ditemui pekerja warga asing yang terhidu bau busuk ketika membersihkan longkang berhampiran bengkel pada 3 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, pekerja itu memeriksa plastik hitam yang ditemui sebelum ternampak kaki kanak-kanak dalam keadaan berulat.

“Mayat kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan masih memakai lampin.

 "Selain itu, terdapat kesan retak di bahagian kanan kepala mangsa dipercayai akibat hentakan," katanya.

Menurutnya, mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 

 

Disiarkan pada: July 20, 2017 @ 7:04pm
d