utama

Plat palsu 'lari' bank

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa

Kuala Lumpur: Hadapi masalah tunggakan ansuran pinjaman, selain bimbang kereta dimiliki ditarik pihak bank.

Ini antara punca ratusan pemilik kenderaan dikesan menggunakan taktik memasang nombor pendaftaran palsu pada kenderaan masing-masing bagi mengelak dihidu ejen bank.

Lebih menyusahkan apabila golongan ‘bermasalah’ itu dikesan memalsukan nombor kenderaan milik individu lain menggunakan taktik menyerupai sindiket kenderaan klon.

Ia jelas mendatangkan kesusahan kepada pemilik kenderaan asal yang menjadi mangsa ‘klon’, selain dibebani saman trafik dan pelbagai kesalahan lalu lintas tidak dilakukan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata, penggunaan nombor pendaftaran palsu yang salah mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 sering digunakan khususnya generasi muda.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: July 21, 2017 @ 5:54am
d