utama

Rindu panggilan <em>mummy</em> [METROTV]

Oleh Suraya Roslan

Ipoh : Siapa sangka anak yang dulu keletah, suka menyanyi dan menari kini terlantar tidak bermaya selepas tragedi lemas yang hampir meragut nyawanya, dua tahun lalu.

Lebih menyedihkan, ibu malang ini, Wan Intan Syafinaz Mior Abdullah, 31, begitu rindu dengan panggilan mummy yang sering diungkap anak sulungnya, Aina Mashitah Mohd Yunos, 6, satu masa dulu.

Namun, panggilan itu sudah tidak didengari Intan Syafinaz selepas anak perempuannya itu mengalami kerosakan otak akibat bekalan oksigen terputus dalam jangka masa lama selepas terjatuh dalam kolam renang di rumah mereka pada Januari 2015.

Intan Syafinaz kembali mengimbau tragedi pahit yang dianggap hari malang buat anaknya yang hilang keupayaan untuk berjalan, belajar, bercakap dan melihat.

“Saya masih ingat ketika itu, Aina baru pulang dari sekolah selepas dihantar van sebelum dijemput pembantu rumah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: July 22, 2017 @ 7:00am
d