utama

'Tak tau apa nak kata kat hang ni'

Oleh Omar Osman

REMAJA yang memperkosa tiga adik perempuannya di rumah mereka di Sungai Layar, Singau Petani, direman seminggu bermula hari ini.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Arif Mohamad Ariff yang membenarkan suspek, 18, direman sehingga 28 Julai ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Saifi Abd Hamid, berkata suspek direman bagi membantu siasatan mengikut seksyen 376B kanun keseksaan.

Perbuatan remaja itu dikatakan diketahui selepas seorang daripada adik perempuannya yang trauma memberitahu ibu mereka.

Difahamkan, kejadian kejadian terbaru dilakukan ke atas adik perempuannya yang berusia lapan tahun di rumah kosong sebelah kediaman mereka, kira-kira 8 malam, Rabu lalu.

Berita berkaitan

Tergamak perkosa tiga adik

Disiarkan pada: July 22, 2017 @ 12:51pm
d