utama

'Saya sempat selamatkan dua je'

Oleh Shamsudin Husin

BUDAK sembilan tahun dan remaja, 16, ditemui lemas selepas mandi di Pantai Kuala Kemasik, Kemaman.

Mohd Arif Hafiz , 9, dan Mohd Faiz Ahmad, 16, bersama dua lagi rakan mereka dikatakan mandi di lokasi kejadian, pada 6.40 petang semalam (Sabtu).

Saksi, Awang Ibrahim, 62, berkata tidak lama selepas itu, dia ternampak seorang daripada mereka melambai tangan meminta tolong.

"Saya terus hidupkan ejin gentian bot kaca dan menuju ke arah mereka untuk memberi bantuan.

"Dua daripada mereka dapat diselamatkan tetapi dua lagi tidak dapat dikesan kerana ketika itu waktu sudah senja dan jarak penglihatan agak terhad," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, malam tadi.

Difahamkan, Mohd Arif yang bersekolah Sekolah Kebangsaan Kemasik (SK) Kemasik, ditemui anggota penyelamat pada 10.15 malam.

Mohd Faiz yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Badrul Alam Shah Kemasik, dijumpai pada 10.30 malam.

Disiarkan pada: July 23, 2017 @ 1:15am
d