utama

Sam sabar menunggu

Kejayaan filem Polis Evo yang ditayang dua tahun lalu mendorong pelakon utamanya Shaheizy Sam bersetuju untuk muncul dalam sekuel Polis Evo 2 (PO 2).

Biarpun filem itu sudah dicanang penggambarannya tahun lalu, baru minggu lalu semua pelakon mengadakan sesi latihan.

Menurut Sam, dia sudah membuat persiapan menjayakan filem itu sejak September tahun lalu. Sepanjang tempoh itu Sam terpaksa menolak banyak tawaran lain.

“Apabila bersetuju berlakon dalam PO 2, saya terus membuat persiapan dari segi fizikal. Seperti filem sebelumnya, saya menjalani latihan di gimnasium untuk mendapatkan bentuk tubuh ‘fit’ selain perlu berdiet.

“Disebabkan itu saya terpaksa menolak beberapa tawaran lain. Bukan apa, saya memang sudah tetapkan untuk terbabit dalam filem itu. Saya tak mahu mensia-siakan peluang itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: July 24, 2017 @ 8:50am
d