utama

Letih tak jejas aksi

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

Batu Kawan: Faktor keletihan sedikit pun tidak melemahkan semangat Kedah untuk mencipta kemenangan selepas berjaya menewaskan Pulau Pinang 2-0 di Stadium Negeri, di sini malam kelmarin.

Ketua jurulatih Nidzam Adzha Yusoff berkata, dengan jadual yang padat apabila berdepan tujuh perlawanan dalam tempoh tiga minggu antara penyebab utama.

Pujian harus diberikan kepada semua pemain apabila berjaya mencatatkan kemenangan di tempat lawan dan tiga mata berjaya diperoleh walaupun mengakui Pulau Pinang memiliki kelebihan.

Menurutnya, strategi menyimpan Baddrol Bakhtiar dan Khairul Helmi Johari dan membawa masuk pada separuh masa kedua juga menampakkan usaha yang cukup positif.

“Kami berjaya mencipta kemenangan di sini walaupun lawan memiliki banyak peluang keemasan menjaringkan gol namun disia-siakan begitu saja dan Pulau Pinang sepatutnya menang.”

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: July 24, 2017 @ 9:03am
d