utama

Mendy bernilai RM290 juta

Oleh AFP

London: Pertahanan AS Monaco, Benjamin Mendy mengikat kontrak mega lima tahun bersama Manchester City kelmarin yang menjadikannya sebagai pemain pertahanan paling mahal di dunia.

Pemain berusia 23 tahun itu, yang menyertai kelab juara Perancis itu dari Marseille pada musim panas lalu, bersetuju dengan perjanjian yang dilaporkan bernilai £52 juta (RM290 juta), satu rekod buat pemain pertahanan.

Pemain Perancis itu akan menyertai rakan sepasukan barunya di Amerika Syarikat yang mana skuad kendalian Pep Guardiola bersiap sedia bagi perlawanan jelajah pramusim kedua menentang Real Madrid di Los Angeles.

“Saya amat teruja menyertai Manchester City,” kata Mendy. “Mereka satu daripada kelab ternama Eropah dan dengan Pep Guardiola mereka mempunyai seorang pengurus yang komited dengan corak bola sepak menyerang.

“Saya amat yakin dalam tempoh beberapa tahun akan datang kami akan berjaya.”

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: July 26, 2017 @ 5:25am
d