utama

Drebar teksi jujur

Oleh Mohd Hasbi Sidek

Kuala Lumpur: Sikap jujur seorang pemandu teksi wajar dipuji apabila memulangkan semula telefon pintar milik penumpang yang tertinggal di dalam kenderaan miliknya.

Jurucakap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkata, telefon pintar milik seorang lelaki itu diserahkan pemandu teksi terbabit di pejabat SPAD Pudu, di sini, jam 11.30 pagi kelmarin.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila pemilik telefon pintar yang juga pelanggan sebuah hotel di Jalan Sultan Ismail, di sini, menaiki teksi itu pada 21 Jun lalu.

“Penumpang terbabit tertinggal telefon pintar iPhone 7 berwarna hitam di dalam kenderaan dinaiki.

“Dia kemudian pergi semula ke hotel itu dan mengadu masalah dihadapi kepada pengurus keselamatan hotel berkenaan,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: July 27, 2017 @ 5:50am
d