utama

Menangis baca skrip

Oleh Sudirman Mohd Tahir

Figura bernama Bunga Citra Lestari ini bukan saja menjadi artis kelas A di negara kelahirannya, Indonesia malah masih mengekalkan populariti di Malaysia.

Selain berhasil membuktikan bakat lakonan, Bunga Citra Lestari atau lebih mesra disapa BCL, 34, turut berjaya dalam bidang nyanyian menerusi beberapa single yang dilancarkan di sini.

Malah tidak dinafikan juga BCL antara bintang seberang yang dapat mencuri hati peminat kerana kejelitaan dan bakatnya.

Tidak hairan jika BCL mempunyai kelompok peminat tersendiri yang sentiasa menantikan buah tangan terbaru daripadanya.

Jika sebelum ini BCL muncul dengan single Wanita Terbahagia, terbaru isteri kepada pelakon Ashraf Sinclair ini hadir dengan filem Surat Kecil Untuk Tuhan (SKUT) yang bakal ditayangkan pada 3 Ogos ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: July 28, 2017 @ 4:56am
d