utama

Cangkung setengah jam

Oleh Nadzreen Shah Mat Salim

Kuala Lumpur: Mencangkung hampir 30 minit di atas anjung tangga di tingkat lapan sebuah kondominium dengan niat mahu membunuh diri.

Tindakan lelaki berusia 58 tahun itu pada jam 2 petang semalam, bagaimanapun mengejutkan penduduk di Blok 6, Petaling Indah Kondominium di sini, sebelum segera menghubungi bomba.

Difahamkan lelaki terbabit tidak menetap di kawasan itu dan dipercayai menyelinap masuk ke kawasan kediaman berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besi, Mohd Azhar Harun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.08 petang dan 14 anggotanya bergegas ke lokasi dibantu BBP Hang Tuah.

“Setibanya di lokasi, anggota bomba mendapati lelaki itu sedang berdiri sebelum mencangkung dalam keadaan merbahaya di anjung tangga sambil memandang ke bawah,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: July 28, 2017 @ 6:13am
d