utama

Mencari tapak kukuh

Oleh Ardini Sophia Sina

Kisah cinta Aira dan Jemy dalam drama Mencintaimu Mr. Photographer menjadi perhatian ramai.

Walaupun drama disiarkan di Astro Ria itu berakhir Khamis lalu, ramai yang masih dibuai emosi percintaan mereka.

Malah mereka inginkan terajunya, Hannah Delisha dan Syafiq Kyle menjadikan cerita cinta dalam drama itu satu kenyataan dan bukan sekadar dalam drama kerana kemesraan dan keserasian antara mereka.

Hannah atau Hannah Adlina Blackburne Birch, 21, ketika ditemui pada sesi fotografi bersama Selebriti mengakui tidak terfikir untuk terbabit dalam cinta lokasi bersama pasangan lakonnya.

Katanya, setiap babak romantik dalam drama itu hanya sekadar lakonan dan gembira dengan reaksi penonton kerana itu membuktikan dia berjaya melakonkan watak Aira.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: July 30, 2017 @ 3:22am
d