utama

Makan ular panggang

Oleh Agensi

Kunming, China: Seorang budak lelaki berusia 10 tahun yang melarikan diri dari rumah selama 24 hari memberitahu dia memakan tumbuhan dan ular untuk terus hidup.

Lebih menarik lagi, kanak-kanak yang dikenali sebagai Miu itu mengembara sejauh hampir 500 kilometer sebelum ditemui polis baru-baru ini.

Kanak-kanak itu dilaporkan melarikan diri dari rumahnya di sini pada 29 Jun lalu selepas dipukul oleh bapanya.

“Pada mulanya saya langsung tidak fikirkan apa-apa. Saya hanya mahu melarikan diri dari ibu bapa saya,” kata Miu kepada wartawan.

Menurutnya, selepas beberapa hari keadaan bertambah sukar apabila dia demam akibat berjalan di dalam hujan.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: July 30, 2017 @ 4:08am
d