utama

Putri Najuwa urus sendiri kerjaya

Oleh Ramlah Zainal

Pelakon berdarah kacukan Melayu-New Zealand, Putri Najuwa, 32, sudah terbabit dalam bidang lakonan sejak 12 tahun lalu.

Bagaimanapun, pelakon drama Playboy Itu Suami Aku, Arluna dan Waris Kasih itu kurang menyerlah berbanding rakan seperjuangan lain.

Pemilik nama sebenar Tengku Putri Najuwa Tengku Yusof yang lebih mesra disapa Wawa mengakui tidak ralat meskipun dirinya tidak popular.

“Walaupun mula berlakon pada usia 20 tahun, saya menyepi selama lima tahun untuk membantu bisnes keluarga sebelum kembali aktif beraksi depan kamera.

“Sekarang saya tiada pengurus dan bergerak sendiri menguruskan kerjaya seni,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: July 31, 2017 @ 7:10am
d