utama

Menari usung keranda

Oleh Agensi

Accra, Ghana: Majlis pengebumian biasanya diselubungi suasana sedih tetapi satu syarikat di Ghana menawarkan perkhidmatan kumpulan pengusung keranda sambil menari.

Kumpulan pengusung keranda itu bukan sahaja membawa mayat si mati di majlis pengebumian tetapi mereka juga berperanan menceriakan suasana.

Dengan diiringi muzik yang rancak anggota kumpulan itu membawa keranda sambil membuat tarian menarik termasuk berpura-pura menjatuhkan keranda bagi menarik perhatian orang ramai.

Walaupun kelihatan pelik, keluarga di Ghana dilaporkan sanggup membayar harga yang mahal untuk perkhidmatan berkenaan.

Bagi keluarga si mati, tiada apa yang lebih baik untuk mengucapkan selamat jalan kepada insan tersayang dengan cara penuh bergaya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: August 2, 2017 @ 7:47am
d