utama

Ajal dalam buaian

Oleh Hadzlihady Hassan

BAYI lelaki maut dipercayai lemas selepas mukanya tersembam bantal ketika tidur dalam buaian di rumahnya di Teluk Kumbar, Bayan Lepas, hari ini.

Kejadian 7.30 pagi itu disedari ibunya, Melati Mohammad, 32, yang baru pulang dari kerja di kilang.

Menurut Melati, dia terkejut apabila melihat anaknya, Faris Dayyan Qhumainy, empat bulan, tertiarap dengan mukanya tersembam bantal.

"Anak bongsu saya itu sudah tidak sedarkan diri serta pucat dan kami kemudian membawanya ke Hospital Balik Pulau.

"Bagaimanapun, doktor mengesahkan anak saya sudah meninggal dunia," katanya yang ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang.

Menurutnya, anak bongsu daripada empat beradik itu baru boleh meniarap sejak tiga hari lalu.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Sungai Batu, Teluk Kumbar selepas urusan bedah siasat dilakukan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan mengesahkan kejadian terbabit.

Disiarkan pada: August 2, 2017 @ 3:59pm
d