utama

Kejinya...

Oleh Mohd Rizal Abdullah

EMPAT sekeluarga termasuk bapa dan datuk mangsa yang didakwa merogol dua beradik perempuan berusia 19 dan 14 tahun ditahan polis di Kampung Daha Seroban, Serian, hari ini.

Keempat-empat suspek berusia 26 sehingga 57 tahun itu ditahan petang tadi selepas polis menerima laporan daripada Hospital Serian berhubung kejadian itu hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, mangsa berusia 19 tahun itu dirujuk ke hospital berkenaan kerana mengandung sebelum mangsa mendedahkan perkara itu kepada pihak hospital.

Menurutnya, mangsa mendakwa dia dirogol oleh bapa kandungnya, dua bapa saudara dan datuknya sejak berusia 13 tahun.

"Mangsa turut mendakwa adiknya berusia 14 tahun dirogol sejak berusia sembilan tahun," katanya.

Katanya, kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Daha Seroban sehingga mangsa mengandung.

"Semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Serian esok untuk perintah reman," katanya

Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen

Disiarkan pada: August 11, 2017 @ 9:44pm
d