utama

Metro@7 - 14 Ogos 2017

Oleh HM Digital

• Seramai 33 ahli kumpulan kongsi gelap Geng 24 Apache termasuk seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang dan membantu kumpulan itu sejak dua tahun lalu.

• Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia tahan dua bot pukat tunda Vietnam dan 22 awak-awak, 185 batu nautika dari Tanjong Po, Kuching, Khamis lalu.

• Seorang warga Kemboja bersembunyi dalam semak ketika mahu mengelak ditahan dalam serbuan imigresen di tapak pembinaan sebuah rumah di Gong Badak, Kuala Nerus, 11.30 pagi hari ini.

•Representasi lima penuntut Universiti Pertahanan Nasional M• alaysia yang didakwa menyebabkan kecederaan terhadap Pegawai Kadet Laut, 22 Mei lalu ditolak oleh Jabatan Peguam Negara.

• Anakanda Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim sah bergelar isteri kepada Dennis Muhammad Abdullah dengan sekali lafaz, hari ini.

Disiarkan pada: August 14, 2017 @ 7:16pm
d