utama

Chinlone beri kita emas pertama! [METROTV]

Oleh Azlan Muhammad Zain

SKUAD chinlone negara meraih pingat emas pertama Malaysia apabila memenangi acara linking di Stadium Tertutup Titiwangsa, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Malaysia menewaskan Filipina pada aksi final dengan mengumpul 391 mata berbanding lawan yang meraih 271 mata dalam aksi dua set.

Skuad negara yang dibarisi enam pemain mendahului set pertama dengan 197 mata manakala Filipina sekadar mengumpul 133 mata.

Aksi bertenaga diteruskan pada set kedua apabila Malaysia mengumpul 194 mata dengan lawan meraih 138 mata.

Filipina berpuas hati dengan perak manakala Brunei meraih gangsa.

Ia adalah emas pertama Malaysia dalam sukan chinlone sejak mula dipertandingkan di Sukan SEA Myanmar pada 2013.

Disiarkan pada: August 16, 2017 @ 1:20pm
d