utama

Emas memanah compound wanita milik kita!

Oleh Azlan Muhammad Zain

KONTINJEN Malaysia mengesahkan pingat emas kedua menjadi milik mereka apabila trio memanah compound wanita menjuarai acara berpasukan di padang sintetik Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, hari ini.

Gandingan Fatin Nurfatehah Mat Salleh, Nurul Syazhera Mohd Asmi dan Saritha Cham Nong nyata tidak mengecewakan apabila mengenepikan cabaran sengit Vietnam menerusi penentuan shoot-off.

Terdahulu, kedua-dua pasukan terikat 225 mata selepas berakhir empat end dan pemenang perlu ditentukan menerusi shoot-off.

Trio wanita negara kekal fokus apabila mengumpul 28 mata dalam aksi shoot-off manakala lawan sekadar 27 mata menerusi tiga panahan untuk meraih perak.

Sebelum itu, Indonesia yang mengumpul 225 mata meraih gangsa selepas menewaskan Thailand dengan kelebihan tiga mata.

Disiarkan pada: August 17, 2017 @ 12:37pm
d