utama

Satu, dua dan TIGA!

Oleh Azlan Muhammad Zain

TRIO pemanah negara menghadiahkan pingat emas ketiga apabila menewaskan Singapura dalam aksi final compound berpasukan lelaki di padang sintetik Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, hari ini.

Pemenang perak acara individu compound, semalam, Mohd Juwaidi Mazuki mengetuai pasukan bersama-sama Zulfadli Ruslan dan Lee Kin Lip untuk melakarkan 228 mata, enam mata mengatasi lawan di final.

Trio negara bijak mengawal tekanan walaupun ketinggalan dua mata pada end pertama kepada lawan.

Mereka bangkit untuk mempamerkan persembahan konsisten bagi menguasai baki tiga end dan mengumpul 228 mata berbanding lawan 222 mata.

Kejayaan itu turut mempertahankan emas yang dimenangi mereka pada Sukan SEA Singapura, dua tahun lalu.

Gangsa dimenangi Filipina yang mengenepikan Vietnam.

Disiarkan pada: August 17, 2017 @ 12:59pm
d