utama

Ajal ditimpa pengangkut pasir

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa

PEMASTAUTIN tetap terbunuh ditimpa pengangkut pasir yang disambung pada kren dalam kejadian di satu tapak pembinaan di Taman Batu, awal pagi ini.

Mohd Dahri Mat Sin, 59, berasal dari Indonesia dipercayai sedang membuat kerja pembinaan sebelum ditimpa kren itu, pada 9.50 pagi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 9.58 pagi.

Katanya, sepasukan 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang dan Gombak Selatan dikejarkan ke lokasi kejadian dan jentera pertama tiba pada 10. 15 pagi.

"Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati mangsa sudah meninggal dunia.

“Mangsa tidak tertindih oleh objek itu. Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, " katanya.

Disiarkan pada: August 19, 2017 @ 12:42pm
d