utama

Tamat kemarau 16 tahun

Oleh Aida Adilah Mat

PASUKAN bola jaring wanita negara menewaskan Singapura 65-41 pada final di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Stadium Juara, Bukit Kiara, hari ini.

Malaysia paling awal meraih mata pertama dan terus mendahului Singapura hingga akhir permainan.

Jurulatihnya Tracey Robinson berkata, anak buahnya gembira dengan kejayaan yang mereka capai selepas bertungkus-lumus dalam membuat persiapan menghadapi temasya sukan dwitahunan itu.

“Pemain berhak mendapat kejayaan ini kerana mereka berlatih kuat dan membuat banyak pengorbanan,” katanya.

Kapten negara Nur Syafazliyana Mohd Ali berkata, kemenangan itu memberi satu kepuasan yang cukup bermakna buat kem negara.

“Terima kasih kepada semua yang hadir memberi sokongan. Kemenangan ini sangat bermakna buat pusukan bola jaring Malaysia,” katanya.

Bola jaring mula dipertandingkan pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2001 di mana Malaysia menang emas selepas menundukkan Singapura.

Disiarkan pada: August 20, 2017 @ 6:18pm
d