utama

28 atlet tergamam bas 'tersondol' bas

Oleh Nadzreen Shah Md Salim

SERAMAI 28 atlet skuasy Sukan SEA panik apabila bas yang dinaiki terbabit dalam kemalangan berdekatan Plaza Tol Sungai Besi menghala ke Lebuhraya Kesas, 7.30 pagi, hari ini.

Kejadian itu membabitkan seramai 13 atlet Thailand, 10 atlet Myanmar dan lima Filipina yang dalam perjalanan dari Hotel Marriott Putrajaya menghala ke Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussein berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila bas paling hadapan brek membuat mengejut untuk mengelak sebuah motosikal tiba tiba masuk mengejut di hadapan bas terbabit.

"Bas yang kedua tidak sempat brek dan melanggar bas yang berada di hadapannya.

"Untuk makluman semua atlet selamat sampai ke tempat yang dituju dengan menggunakan bas ganti," katanya.

Sementara itu, berdasarkan laporan portal Harian Metro lebih awal, beberapa pemain cedera akibat kemalangan menerima rawatan di Institut Sukan Negara dan pertandingan skuash ditangguhkan buat sementara.

Berita berkaitan:

Nahas rencatkan aksi skuasy

Disiarkan pada: August 21, 2017 @ 12:22pm
d