utama

Bedilan emas Benjamin

Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor dan Aziman Rosdi

MALAYSIA mengungguli hari pertama acara menembak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 apabila meraih pingat emas dan perak bagi kategori double trap di Lapang Sasar Menembak Subang, hari ini.

Benjamin Khor Cheng Jie meraih pingat emas dalam acara itu selepas mengumpul 71 mata untuk mengatasi rakan senegara Abraham Eng Wei Jin yang meraih 66 mata di final.

Atlet Thailand Temmart Sirawit yang mengumpul 44 mata terpaksa berpuas hati apabila merangkul gangsa.

Kejayaan Cheng Jie dan Wei Jin sudah dijangka sejak awal saingan selepas mengungguli dua tangga teratas pada sesi kelayakan dengan masing-masing meraih 129 dan 128 mata.

Disiarkan pada: August 21, 2017 @ 3:05pm
d