utama

Emas dressage milik kita

Oleh BERNAMA

MALAYSIA merangkul pingat emas di dalam acara dressage berpasukan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Pusat Ekuestrian 3Q di Rawang, Selangor, hari ini.

Pasukan dressage negara terdiri daripada Edric Lee Chin Hon, Quek Sue Yian, dua adik-beradik Quzandria Nur dan Qabil Ambak Mahamad Fatil mengumpul 210.947 mata untuk memastikan emas milik Malaysia.

Qabil Ambak dengan kudanya Walkuere turut menduduki tempat teratas dalam pasukan Malaysia dengan mengutip 73.053 mata.

Markah dikira berdasarkan tiga catatan masa terbaik.

Pasukan Thailand yang dianggotai Puteri Sirivannavari Nariratana Vajiralongkorn memperoleh perak dengan 206.211 mata dan Singapura mencatat 201.289 mata untuk membawa pulang gangsa.

Disiarkan pada: August 22, 2017 @ 5:19pm
d