utama

Karate 'lipat' dua emas

Oleh Naqib Nor Said

SKUAD karate negara meraih dua pingat emas apabila Celine Lee Xin Yi dan Lim Chee Wei berjaya mengatasi lawan masing-masing dalam aksi final acara kata individu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.

Celine mudah mengatasi atlet Indonesia Sisilia Agustiani 5-0 dalam kata individu wanita manakala Chee Wei menang tipis 3-2 ke atas Ahmad Zigi Zaresta Yuda juga dari Indonesia menerusi aksi lelaki.

Kemenangan itu sekali gus menyuntik semangat kem karate negara untuk memenuhi sasaran enam emas yang diletakkan persatuan mereka.

Ketika kali terakhir karate dipertandingkan pada Sukan SEA Myanmar 2013, Malaysia menggondol tujuh emas.

Disiarkan pada: August 22, 2017 @ 5:58pm
d