utama

Kuartet negara cemerlang gapai emas

Oleh Jumiati Rosly

KUARTET boling padang wanita negara memenangi pingat emas acara fours wanita selepas menewaskan Filipina 24-14 pada final di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, hari ini.

Malaysia yang dibarisi Nor Hashimah Ismail, Nur Ain Nabilah Tarmizi, Nur Fidrah Noh dan Nurul Alyani Jamil bermula cemerlang dengan mendahului 4-0 pada ends pertama sebelum terus menambah mata hingga ke ends ke-10 yang menyaksikan mereka menjarakkan kedudukan kepada 15-7.

Filipina yang diwakili Marisa Baronda, Nancy Toyco, Nenita Tabiano dan Sharon Hauters kemudian memberi tekanan kepada skuad negara apabila menambah mata sehinggalah merapatkan jurang 15-14 pada ends ke-14.

Kuartet negara yang berada di tempat kedua di belakang Filipina pada saingan kumpulan bagaimanapun enggan menyerah kalah dengan menambah mata pada ends berikutnya sebelum memenangi perlawanan.

Dalam acara yang disertai tiga negara itu, pingat gangsa menjadi milik Thailand.

Disiarkan pada: August 24, 2017 @ 6:53pm
d