utama

Dua emas Poomsae kita tiada tandingan

Oleh Syafiq Aznan

SKUAD taekwondo negara cemerlang meraih dua emas acara Poomsae individu lelaki dan wanita menerusi Chew Wei Yan dan Yap Khim Wen pada Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

Kejayaan itu membolehkan Malaysia menyapu bersih dua daripada lima pingat emas dipertandingkan hari ini.

Wei Yan mengutip 8.29 mata itu dengan pingat perak milik peserta Indonesia, Maulana Haidir yang mencatat 8.02 mata.

Gangsa dimenangi Rodolfo Reyes Jr dari Filipina dengan pungutan 7.87 mata.

Khim Wen mengungguli Poomsae individu wanita dengan mengutip 8.39 mata untuk menghadiahkan pingat emas buat kontinjen negara.

Dia selesa meninggalkan cabaran peserta Laos Philavong Kidavone yang meraih perak dengan 7.87 mata.

Gangsa milik peserta Singapura Chelsea Ann Sim Shu Zen yang mencatat 7.78 mata.

Disiarkan pada: August 26, 2017 @ 3:50pm
d