utama

Tze Liang memang 'top'

Oleh Saiful Affendy Sapran

PENERJUN negara Ooi Tze Liang melengkapkan penguasaan Malaysia pada hari kedua acara terjun KL2017 selepas memenangi pingat emas untuk 10 meter platform individu lelaki di Pusat Akuatik Nasional hari ini.

Kejayaan Tze Liang hadir selepas Cheong Jun Hoong lebih awal memenangi pingat emas acara 1 meter papan anjal individu wanita.

Tze Liang mengumpul 442.65 mata selepas enam terjunan mengatasi rakan senegara Chew Yiwei yang meraih perak dengan catatan 412.75 mata.

Gangsa milik peserta Singapura, Jonathan Chan Fan Keng yang meraih 367.90 mata.

Ini adalah emas kedua Tze Liang selepas memenangi acara 3 meter papan anjal individu lelaki semalam.

Disiarkan pada: August 27, 2017 @ 8:05pm
d