utama

Emas ke-6 layar milik Latif

Oleh Adie Suri Zulkifli

SKUAD layar Malaysia melepasi sasaran lima emas selepas atlet negara Ahmad Latif Khan Ali Sabri Khan menjuarai acara Laser Radial lelaki untuk merangkul pingat emas keenam pasukannya di Langkawi, hari ini.

Kemenangan terbabit tambah manis buat Ahmad Latif kerana adiknya, Muhammad Fauzi Kaman Shah turut merangkul emas acara Optimist bawah 16 tahun sebelum itu.

Ia hari cemerlang buat skuad layar negara selepas tiga pelayar meraih emas dalam acara masing-masing.

Sebelum itu, Nurul Shazwanie Mohd Saad meraih emas dalam acara Optimist perempuan bawah 16 tahun.

Ahmad Latif memenangi perlumbaan dengan mengumpul 10 mata, lima mata mengatasi pelayar Singapura Chin Cheok Khoon yang merangkul perak manakala atlet Thailand Apiwat Sringam meraih gangsa.

Disiarkan pada: August 29, 2017 @ 5:35pm
d