utama

'Terjun emas' Yan Yee Dhabitah

Oleh Saiful Affendy Sapran

GANDINGAN penerjun negara Ng Yan Yee-Nur Dhabitah Sabri meraih pingat emas acara 3 meter papan anjal seirama wanita Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dengan catatan 304.71 mata di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, hari ini.

Kejayaan itu bermakna mereka berjaya mempertahankan emas yang dimenangi dua tahun lalu di Singapura.

Perak milik penerjun dari Singapura Ashlee Tan-Fong Kay Yian selepas mengumpul 236.76 mata.

Gandingan Indonesia Eka Purnama Indah-Linadini Yasmin pula meraih gangsa dengan catatan 223.56 mata.

Disiarkan pada: August 29, 2017 @ 6:13pm
d