utama

Amsyar Yiwei 'kucup emas'

Oleh Saiful Affendy Sapran

GANDINGAN penerjun negara Ahmad Amsyar Azman-Chew Yiwei menepati ramalan memenangi pingat emas acara 3 meter papan anjal seirama lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dengan catatan 399.15 mata.

Mereka mengatasi gandingan Singapura Mark Lee Han Ming-Timothy Lee Han Kuan yang memberi saingan sengit sebelum akur dengan perak selepas mencatat 368.73 mata.

Adityo Restu Putra-Tri Anggoro Priambodo dari Indonesia pula meraih gangsa dengan catatan 326.40 mata.

Ini adalah emas ke-10 untuk Malaysia menerusi terjun selepas empat hari berlangsungnya acara terbabit.

Disiarkan pada: August 29, 2017 @ 7:35pm
d