utama

Lans Koperal ditembak, ditetak

Oleh Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail

 

rabiatul@hmetro.com.my

ANGGOTA polis ditemui mati dengan kesan tembak dan tetak di Balai Polis Pinggiran USJ, Subang Jaya, hari ini.

Mangsa, Lans Koperal Valentino Masa yang bertugas di kaunter pertanyaan ditemui mati jam 3.30 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkara, Unit Forensik Polis turut menemui kesan tetakan pada badan mangsa.

Katanya, satu sidang media berhubung kejadian itu akan diadakan di lokasi kejadian oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor pagi ini.

 

 

Disiarkan pada: August 31, 2017 @ 9:20am
d