utama

Cekup suspek kes Valentino di KLIA

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

LELAKI 34 tahun yang juga suspek kes bunuh lans koperal di Balai Polis Pinggiran USJ, Subang Jaya, ditahan di KLIA, Sepang, kira-kira 7 malam tadi.

Menurut sumber-sumber, lelaki terbabit dikesan selepas semakan senarai penumpang mendapati dia akan menaiki pesawat ke Sibu, Sarawak.

“Sepasukan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya menahan suspek ketika dia sedang menunggu pesawat itu yang sepatutnya berlepas ke Sibu, pada 7.40 malam.

"Suspek kemudian dibawa ke IPD Subang Jaya, pada 8.15 malam tadi, untuk siasatan lanjut," katanya.

Lans Koperal Valentino Masa yang bertugas di Balai Polis Pinggiran USJ, Subang Jaya, ditemui maut oleh anggota Unit Peronda (MPV), pada 3.25 pagi, Khamis.

Berita berkaitan

Valentino maut di muncung pistol sendiri

Lans Koperal ditembak, ditetak

Disiarkan pada: August 31, 2017 @ 11:46pm
d