utama

'Hang nak pi mana? CCTV rakam semua'

Oleh Hafizudin Mohd Safar

MAYAT bayi perempuan ditemui dalam tangki tandas stesen pam minyak di Jalan Kaki Bukit, Kangar, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew, berkata polis yang menerima laporan kemudian ke lokasi dan mendapati bayi itu dipercayai baru dilahirkan kerana masih bertali pusat.

"Mayat bayi itu ditemui pekerja stesen pam minyak terbabit pada kira-kira 8 pagi. Ketika itu dia hendak melakukan pemeriksaan kemudahan tandas.

"Polis sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk memeriksa rakaman CCTV.

“Siasatan awal mendapati CCTV terbabit merakam kelibat perempuan dilihat menghampiri kawasan tandas stesen itu," katanya.

Beliau berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 316 Kanun Keseksaan kerana mematikan bayi yang baru dilahirkan.

Disiarkan pada: September 1, 2017 @ 1:12pm
d