utama

Hj Samuri meninggal kerana barah hati

Oleh HM Digital

DATUK Samuri Juraimi iaitu pengasar Sate Kajang Hj Samuri, meninggal dunia di kediamannya, pada 12.05 tengah malam tadi.

Menurut Bernama, punca kematian iaitu barah hati disahkan oleh anaknya.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang.

Beratus penduduk setempat, saudara dan kenalan hadir di tanah perkuburan itu. Ibunya, Peah Kurus turut berada di pusara anaknya.

Sate Kajang Hj Samuri mula beroperasi dengan menjual sate secara kecil-kecilan pada 1992.

Kini syarikat yang dikategorikan sebagai peneraju dalam bidang perniagaan sate secara komersial mempunyai 20 cawangan beroperasi sekitar Kajang, Lembah Klang Putrajaya dan beberapa cawangan di Negeri Sembilan.

Sate Kajang Hj Samuri juga membekalkan sate kepada beberapa rangkaian hotel dan kafe terkemuka di Kuala Lumpur.

Disiarkan pada: September 2, 2017 @ 12:01pm
d