utama

Disamun waktu menunggu sarapan

Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

POLIS sedang memburu dua lelaki terbabit dalam kes samun beg tangan wanita yang satu restoran di Bandar Baru Permas Jaya, Johor Bahru.

Kes berkenaan dikatakan berlaku di Jalan Permas 9/3 ke atas wanita berusia 58 tahun, pada 7.26 pagi Ahad, 3 September.

Timbalan Ketua Polis I Johor Bahru Selatan, Superintendan Rupeah Abdul Wahid, berkata ketika mangsa sedang menunggu pesanan makanan sambil memegang telefon bimbit.

Katanya, tiba-tiba datang lelaki bertopi keledar terus mengambil beg tangan mangsa.

"Suspek kemudian melarikan diri dengan membonceng motosikal yang sedia menunggu di luar kedai itu," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Beliau berkata, mangsa kehilangan RM400 dan beberapa dokumen peribadi.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Hari ini, video berdurasi 17 saat dikongsi di aplikasi WhatsApp yang memaparkan kejadian berkenaan.

Video yang dikongsi di pelantar media sosial itu bersumberkan CCTV restoran berkenaan.

Disiarkan pada: September 3, 2017 @ 10:54pm
d