utama

Hentak kepala, larikan dua guni wang

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

SEKUMPULAN penjenayah bermotosikal merompak van syarikat keselamatan di stesen minyak di Bukit Antarabangsa, Ampang petang ini, sebelum melarikan dua guni berisi wang.

Berdasarkan maklumat awal, empat suspek menunggang beberapa motosikal menyerang salah seorang petugas syarikat kawalan keselamatan dengan menghentak kepala petugas syarikat keselamatan terbabit menggunakan senapang patah dibawa mangsa.

Suspek yang turut bersenjatakan pistol kemudian melarikan dua beg berisi wang tunai yang belum diketahui jumlahnya.

Disiarkan pada: September 6, 2017 @ 6:38pm
d