utama

Metro@7 - 6 September 2017

Oleh HM Digital

• Seorang pengurus syarikat cari gali dan dua lagi individu direman enam hari bagi membantu siasatan kes kemukakan invois palsu berjumlah AS$5.56 (RM23.65 juta) pada 2015.

• Suami isteri, pensyarah Universiti Teknikal Malaysia Melaka direman lima hari, bagi membantu siasatan berkaitan salah guna kuasa membabitkan nilai RM52,000.

• Masih tiada sebarang keputusan daripada Persatuan Badminton Malaysia sama ada mahu pisah atau kekalkan gandingan beregu utama negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong.

• Kejadian siling runtuh bukan berlaku di bangunan utama Hospital Sultanah Aminah (HSA) seperti ditularkan pada Rabu.

• Jenazah Muhammad Hadif Hilmifarizal, 3 bulan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mukim Sabak, Pengkalan Chepa.

Disiarkan pada: September 6, 2017 @ 7:00pm
d