utama

Tragedi LATAR [METROTV]

Oleh Azlan Muhammad Zain

SKUAD lebuh raya paracycling negara menjadi mangsa langgar lari semasa menjalani latihan di Lebuhraya LATAR pagi tadi.

Menurut penolong jurulatih negara Mohamad Iqbal Mohamad Sokri, dua atlet paralimpik, dua pilot (atlet normal) serta ketua jurulatih Johari Nayan terbabit dalam kemalangan itu.

“Ada atlet yang mengalami retak tulang, kecederaan tulang belakang dan beberapa kecederaan lain. Namun mereka kini berada di Hospital Sungai Buloh bagi pemeriksaan lanjut.

“Kemalangan berlaku kira-kira 10.45 pagi di KM12.6 berhampiran susur keluar Batu Arang dengan atlet berada dalam kelajuan “moto pace” diketuai Johari. Saya tidak pasti kenderaan yang melanggar kerana berada dalam van di belakang namun ada yang mengatakan ia kenderaan pacuan empat roda,” katanya.

Dua atlet paralimpik yang terbabit adalah Mohd Khairul Hazwan Wahab dan Khairul Nizam Mohd Ali manakala dua pilot adalah Mohd Ridzuan Zainal dan Syafiq Suhaimy.

Difahamkan kedua-dua atlet itu menjadi prospek dua pingat emas kontinjen negara dalam acara lepas beramai-ramai dan ujian masa pada Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 dari 17 hingga 23 September ini.

Disiarkan pada: September 7, 2017 @ 1:33pm
d