utama

Ya Allah, tergamaknya kalian...

Oleh Togi Marzuki

SEORANG kanak-kanak perempuan empat tahun meninggal dunia di Hospital Pontian, Johor, jam 1.30 petang semalam dipercayai akibat didera ibu dan teman lelakinya.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zakaria Abd Rahman berkata, pemeriksaan awal dari pihak hospital mendapati ada kesan lebam di badan dan kedua belah mata mangsa dikenali Nurul Natasya Abdullah itu.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa di bawah jagaan ibunya yang berusia 22 tahun yang tinggal bersama kekasih berusia 26 tahun di bilik sewa mereka di Taman juta, Pontian.

"Polis sudah menahan ibu mangsa dan kekasihnya. Berdasarkan soal siasat mereka mengakui memukul mangsa kerana dikatakan terlalu nakal," katanya.

Suspek direman mulai hari ini selama tujuh hari bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Disiarkan pada: September 7, 2017 @ 5:18pm
d