utama

'Fight of Gods'. dah tak ada

Oleh Afiq Hanif

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sudah menarik balik sekatan ke atas laman webgame, steampowered.com selepas pengendalinya akur untuk membuang permainan ‘Fight of Gods’.

Dalam kenyataannya, MCMC komited dalam melindungi kepentingan pengguna di Malaysia dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak mengaibkan kesucian agama dan keharmonian antara kaum di negara ini.

"MCMC juga ingin mengingatkan pengguna lebih berwaspada dan menggunakan kebijaksanaan mereka ketika memilih kandungan untuk diakses," katanya.

Laman komuniti permainan, Steam disekat lebih lima jam sejak kira-kira 8 malam tadi.

Sekatan menggunakan Sistem Nama Domain (DNS) dipercayai berikutan keengganan Steam membuang permainan ‘Fight of Gods’.

Permain itu mencetuskan kontroversi selepas menonjolkan jalan cerita yang menyentuh sensitiviti agama.

Disiarkan pada: September 9, 2017 @ 10:50am
d